Kesimpulan yang dapat dirumuskan
dari kerja kursus Pengurusan Pembelajaran (KPS3014) ini berdasarkan tajuk
spesifikasi yang diperoleh iaitu Organisasi dan Kepimpinan adalah barisan
kepimpinan merupakan tenaga kerja yang penting di sebalik kejayaan sesebuah
organisasi. Manakala sesebuah organisasi tidak akan mencapai sesuatu matlamat
yang dituju tanpa kepimpinan yang berkesan. Sekolah merupakan sebuah institusi
pendidikan dalam melahirkan modal insan yang bersifat kreatif, inovatif dan
kritis. Keberkesanan fungsi sebuah sekolah bergantung kepada keberkesanan
pengurusan dan pentadbiran serta kualiti pendidik di sekolah. Tuntasnya, sekolah yang mempunyai prestasi cemerlang
mempunyai barisan kepimpinan yang sentiasa melakukan anjakan paradigma dalam
melestarikan sistem pendidikan di sekolah. Jelaslah bahawa pemimpin yang
mempunyai kemahiran membina wawasan yang mantap dan berjaya memupuk etika kerja
serta penggemblengan tenaga yang sepadu antara ahli organisasi dapat memacu
sekolah ke arah pencapaian yang inovatif dan cemerlang.
Comments
Post a Comment