Analisis S.W.O.T merupakan analisis yang membincangkan tentang 4 komponen terdiri daripada Strength (kelebihan), Weakness (kelemahan), Opportunities (peluang) dan Threats (ancaman) berkenaan sesuatu perkara. Objektif pembentukan S.W.O.T ini bertujuan untuk menilai analisis dalaman dan luaran yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu kejayaan dalam kajian yang dijalankan. Strength (kelebihan) dan Weakness (kelemahan) merupakan analisis dalaman manakala Opportunities (peluang) dan Threats (ancaman) adalah analisis luaran. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI), terdapat beberapa analisis yang diperoleh. Berikut merupakan carta yang telah diringkaskan:
Comments
Post a Comment